Sabtu, 15 Ogos 2009

Laporan Masyuarat Agung Kali ke 2

Assalaimualaikum dan salam sejehtera semua. Alhamdullilah pada hari Jumaat lapas iaitu pada 14th August 2009, Persatuan Al-Eittihad telah mengadakan Masyuarat Agung kali yang ke-2. Di Masyuarat tersebut seramai lebih kurang 20 orang yang hadir terdiri dari ahli jawatankuasa persatuan dan ahli-ahli biasa persatuan.

Sebelum masyuarat diadakan, semua ahli-ahli persatuan membaca doa tahlil bersempena menyambut kedatangan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Tahlil diketuai oleh pengerusi persatuan sendiri iaitu Amirul Rashid bin Haji Wahab diteruskan dg membaca doa tahlil dan doa selamat yg dibacakan oleh Hj Md Khairun Nazif bin Hj Damit. Selepas membaca doa seperti biasa semua ahli makan jamuan yg disediakan.. Btw majlis ani diadakan d restoran Seri Mama di Serusop. Nyaman2 yooo makanan nya especially ayam grill yg dibanjiri kuah. Kuahnya nda kana gtau ingredientnya apa tapi yg penting halal dan sedap.

After that baru lah meeting diadakan. Masyuarat dipengerusikan oleh c Kool a.k.a Azmi Kula. Agenda pertama masyuarat adalah penyampaian sijil kepada Haji Nazir kerana memberikan idea yg sangat baik. Kerana ideannya lah tertubuhnya Persatuan Al-Eittihad ani. Tahniah diucapkan kepada Hj Nazir. Agenda seteruanya adalah pembubaran Ahli Jawatankuasa Al-Eittihad tahun 2008. Semua ahli-ahli jawatankuasa tahun lepas dibubarkan untuk memilih ahli jawatankuasa baru pada tahun 2009. Selapas pembubaran ahli-ahli jawatankuasa tahun 2008, agenda seterusanya adalah memilih AJKT yg baru lagi.

Untuk makluman, Mohd Amirul Azmi bin Hj Kula telah dilantik sebagai penasihat persatuan. Semua ahli Al-Eittihad bersetuju untuk mengekalkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tahun lepas iaitu Hj Amirul Rashid bin Wahab dan Ahmad Busyra bin Hj Mohd Zain. Mohd Izzudin bin Dollah pula dilantik sebagai bendahari persatuan dan manakala Md. Asri bin Sarbini dilantik sebagai setiausaha persatuan.. AJK perhubungan pula adalah Md Nasrul Nizam bin Hj Damit. Haji Nazir bin Hj Othman pula dilantik sebagai AJK ICT dan dibantu oleh Mohd Safwan Hj Mohidin. Pengerusi nadi hadrah disandang Md Rifaie Bin Hj Md Noor, Pengerusi nadi dikir pula adalah Md Fauzi Bin Hj Anuar dan pengerusi nadi Tausyeh adalah Hj Md Khairun Nazif bin Hj Damit dan timbalan pengerusi tausyeh pula adalah Hj Fauzi bin Hj Mohd Zain.


Penasihat Persatuan Al-Eittihad
(Mohd Amirul Azmi bin Hj Kula)



Pengerusi Persatuan Al-Eittihad
(Hj Amirul Rashid bin Wahab)

Timbalan Pengerusi Persatuan Al-Eittihad
(Ahmad Busyra bin Hj Mohd Zain)


Setiausaha Persatuan Al-Eittihad
(Md. Asri bin Sarbini)


AJK Perhubungan
(Md. Nasrul Rizam bin Hj Damit)

Pengerusi Nadi Hadrah
(Md Rifaie Bin Hj Md Noor)


Pengerusi Nadi Dikir
(Md Fauzi Bin Hj Anuar)


Pengerusi Nadi Tausyeh
(Hj Md Khairun Nazif bin Hj Damit)


Timbalan Pengerusi Tausyeh
(Hj Fauzi bin Hj Mohd. Zain)



AJK ICT
(Haji Nazir bin Hj Othman)


Penolong AJK ICT
(Mohammad Safwan Hj Mohidin)

Some of the AJKs' pictures are not available right now macam Bendahari Persatuan Md. Izzudin bin Dollah. Dont worry next meeting we'll take ur pictures and upload here..Insya Allah

Selesai saja pemilihan AJK Persatuan Al-Eittihad, masyuarat diteruskan dg membincangkan masalah dan buah fikiran yg berbangkit daripada semua ahli-ahli persatuan. Masalah yg dibangkitakan dalam masyuarat adalah seperti kedatangan ahli-ahli ketika latihan hadrah, dikir dan tausyeh. Selain itu juga adalah masalah mencari tempat latihan persatuan. Beberapa buah fikiran juga dicadangkan oleh ahli-ahli persatuan seperti activiti tadarus dan khatam Al-Quran ketika bulan Ramadhan akan datang ini. Majlis disudahi dengan bacaan surah Al-Asr beramai2 dan sesi bergambar beramai2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan