Rabu, 23 Disember 2009

PERINGATAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PERSATUAN AL-EITTIHAD

Salam,

PER: LATIHAN HADRAH & TAUSYEH

TARIKH : 28.12.2009 (ISNIN)
JAM : 8MALAM
TEMPAT : SURAU UNISSA




P/S : kehadiran abiskita adalah sangat-sangat di harapkan...

Khamis, 26 November 2009

Peserta-peserta Riadah Ke Kota Kinabalu

Antara nama-nama peserta yang mengikuti Riadah Ke Kota Kinabalu :
1.Hj Amirul Rashid bin Hj Wahab
2.Hj Faizal bin Hj Wahab.
3.Md Amirul Azmi bin Kula
4.Md.Fauzi bin Hj Anuar.
5.Ahmad Busyra Bin Hj Matzain.
6.Ashri bin Sharbini.
7.Md.Saiful Arisal bin Hj Ishak.
8.Fitri bin Abdullah.
9. Md Safwan bin Hj Mohiddin.
10.Md.Fadhli bin Hj Morshidi.
11.Abd Rahman Bin Hj Ajak.
12.Md.Yusdi bin Yusuf
13.Md Khairul Nizam bin Mantin

Selasa, 17 November 2009

MAKLUMAN UNTUK AHLI2 PERSATUAN AL-EITTIHAD

Assalammualaikum,

Makluman kepada Ahli2 Al-Eittihad bahawa Persatuan Al-Eittihad menerima jemputan Dikir, Hadrah & Tausyeh pada tarikh berikut :


20.11.09 (Jumaat) : Dikir.
Tempat Berkumpul : Masjid Perpindahan Lambak Kanan
Jam : Lepas Sembahyang Isyak.
Pakaian : Cara Melayu warna bebas.

21.11.09 (Sabtu) - Dikir.
Tempat berkumpul : Masjid Limau Manis.
Jam : Lepas sembahyang Isyak.
Pakaian : Cara Melayu warna bebas.

22.11.09 (Ahad) - Hadrah & Tausyeh.
Tempat berkumpul : Masjid Limau Manis.
Jam : 10.30pagi.
Pakaian : Cara Melayu Hitam.

Sehubungan dengan itu, di harap agar kepada semua Ahli2 akan dapat memberi maklum balas kepada AJK Perhubungan secepat mungkin, hubungi 8800045.

Kepada Ahli Al-Eittihad khususnya Warga UBD yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi..Jika biskita berkeinganan untuk menyertainya, sila hubungi AJK Perhubungan. Dan Pihak Persatuan Al-Eittihad mengucapkan BITTAUFIQ WA NAJJAH FIL IMTIHAN dan berdoa agar semua mencapai kejayaan.AMINNN


Terima Kasih.

Isnin, 16 November 2009

BERITA TERKINI TENTANG "RIADAH KE KOTA KINABALU"....(LAGI RAMAI LAGI MURAH)

Bayaran terkini tertakluk pada keramaian peserta.
Penyertaan setakat ini seramai 13 orang $88seorang(byrn perjalanan+penginapan).
Jika lebih ramai, lebih murah..Jika 14 orang, $82 seorang.
Untuk mengetahui keramaian peserta terkini, sila hubungi Setiausaha Persatuan Al-Eittihad, Ashri bin Sharbini di talian 8178996..

Kepada Sesiapa yang berkeinginan, sila daftarkan diri kepada Setiausaha Persatuan dan membayar wang Pendahuluan sebanyak $35. Penyertaan adalah terhad seramai 20 orang.

Selasa, 10 November 2009

8/11/09. UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

ALHAMDULILLAH pada hari sabtu & ahad (07/08.11.09) yg lalu PERSATUAN AL-EITTIHAD nadi hadrah & nadi dikir telah di jemput/di undang untuk memeriahkan majlis Perkahwinan kakak kepada awg hilman bin hj salim.

Seramai 22 orang ahli yg hadir pada majlis tersebut.




lagu febret kami....REMIX!!!! lawa xah...yth salah satu lagi yg paling membawa urg kawin meriah...pecaya lah....

GAMBAR2 YG DI PETIK DI MAJLIS TERSEBUT


nunggu pengantin laki ne...

sapa macho???aku pilih yg kai baju hitam a2!!!ehe


kenapa ya c miki a2...hj hasrun n safwan 2 turut glamer c miki ka??

mijin na tau kana gambar!!!padahal.....ehe



sadang2 jat...




paut...



wah pengerusi...salamm...ehe




baru lapas men satu lagu...santai2 lah lu...




ada minum ada yg posing...mcm2 lg lh..
ngira2 apa 2 pengerusi?? tau pun baru buat PM??



apa yg soi ne???


mampan paut pie??


c pau kai baju lain!!!



timbalan mmbagi briefing rh sorg2 spaya jn bulah...ehe



masa nunggu ahli2 len datang...belimbu lu...

































































Sabtu, 31 Oktober 2009

Riadah Ke Kota Kinabalu..3 Hari 2 Malam

Persatuan Al-Eittihad akan mengadakan Riadah ke Kota Kinabalu, Sabah pada :
Tarikh : 15 Disember 2009 sehingga 17 Disember 2009
Hari : Selasa-Khamis
Bayaran Pejalanan termasuk Penginapan : $85 (deposit $45 ketika pendaftaran + $40 bayar kemudian)

Persatuan kami amat mengalu-alukan kepada biskita samada ahli atau bukan ahli untuk sama-sama ikut serta dalam program ini. Kepada yang berkeinginan, sila hubungi terus Setiausaha Persatuan Al-Eittihad ,Ashri Bin Sharbini di talian 8178996 ataupun AJK Perhubungan Nasrul Rizam 8800045..Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan biskita untuk menjayakan program yang kami rancangkan ini.



Jadual Riadah Ke Kota Kinabalu


Hari Pertama :
  • 6.00 pagi BSB –KK
  • Singgah ke Bandar Limbang untuk pertukaran Wang
  • Makan Tengah Hari di Sipitang.
  • Sampai Kota Kinabalu dan check-in Marina Apartmen/Api-Api Apartment.
  • Acara Bebas
  • 7.30 malam shopping One Borneo

Hari Kedua :

  • 8.00 pagi Lawatan (Pilihan peserta)
  • Shopping KK Plaza/Wisma Merdeka.

Hari Ketiga :

  • 8.00 pagi Tamu Gaya
  • 11.00 pagi bertolak ke BSB


Antara tempat lawatan :

  • Taman Buaya = B$7/srg
  • Pulau Manukan = B$17/srg (tamabang pergi balik)
  • Gunung Kinabalu = B$12/srg


#bayaran diatas TIDAK TERMASUK dalam bayaran $85.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

  • Pengerusi Riadah Ke KK : Amirul Azmi bin Kula : 8691800.
  • Setiausaha : Ashri Bin Sharbini : 8178996

Khamis, 15 Oktober 2009

Salam kepada semua ahli-ahli Persatuan Al-Eittihad. Kitani ada jemputan majlis berdikir pada:

HARI: Sabtu
TARIKH: 24 OCTOBER 2009
TEMPAT BERKUMPUL: Kadai i-Mart, Rimba (dekat Nasi Katok Kaka)
BERTOLAK PUKUL: 6.45 petang
PAKAIAN SERAGAM BAJU CARA MELAYU HITAM LENGKAP.

Sila confirmkan kepada c Mikie samada anda dapat hadir atau tidak secepat mungkin. Sekian harap maklum dan terima kasih.

Sabtu, 3 Oktober 2009

JEMPUTAN BERDIKIR & TAUSYEH MAJLIS BERBEDAK.

Salam kepada semua ahli-ahli Persatuan Al-Eittihad. Kitani ada jemputan majlis berdikir dan tausyeh di rumah sepupu kepada Pengerusi Al-Eittihad pada:

HARI: AHAD
TARIKH: 11 OCTOBER 2009
TEMPAT BERKUMPUL: MASJID AL-AMEERAH JERUDONG.
BERTOLAK PUKUL: 8.30 PAGI
PAKAIAN SERAGAM BAJU CARA MELAYU HITAM LENGKAP.

Sila confirmkan kepada c Mikie samada anda dapat hadir atau tidak secepat mungkin. Sekian harap maklum dan terima kasih.

Selasa, 29 September 2009

BON VOYAGE AND BITTAUFIQ WANNAJAH TO HJ MOHD KHAIRUN NAZIF.



Persatuan Al-Eittihad ingin mengucapkan tahniah, selamat belayar dan selamat berjaya kepada Pengerusi Nadi Tausyeh Hj Md Khairun Nazif (gambar di atas di tengah-tengah) kerana mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di University of Jordan, Amman selama setahun. Didoakan kepada Allah memohon keberkatan, kesejahteraan dan kesihatan ketika berada di Jordan. Kami ahli-ahli Persatuan Al-Eittihad merasa bangga atas kejayaan Haji Mohd. Khairun Nazif. Tahniah sekali lagi kami ucapkan..bila balik nanti jg lupa bawa oleh2 yaaa..hehehe










Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Raya.


Selamat hari raya aidil fitri diucapkan kepada semua ahli-ahli Persatuan Al-Eittihad, pengunjung dan pembaca yg sudi membaca blog Al-Eittihad. Semoga Ramadhan yang baru kitani lalui adalah Ramadhan yang terbaik dan semoga berjumpa lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang. Kami Persatuan Al-Eittihad memohon maaf zahir dan batin jika sekiranya kami ada melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi dan menyinggung perasaan para pembaca. Kami hanyalah manusia biasa dan tiada seorang manusia pun yang sempuran melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Kullu Am'min Wa Antum Bikhir.

Jumaat, 4 September 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERSATUAN AL-EITTIHAD DI BULAN RAMADHAN

Atur Cara Majlis

Ahli-ahli Al-Eittihad Solat Asar berjamaah di Surau UNISSA.

4.00 Petang:

  1. Acara bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah daripada Pengerusi Persatuan.
  2. Diteruskan dengan bacaan Al-Quran 30 juz beramai-ramai.
  3. Takhtim dan Tahlil.
  4. Sungkai dan Solat Maghrib.
  5. Menikmati Jamuan.
Sesiapa yang ingin menyumbangkan sedekah untuk penyungkaian adalah dialu-alukan dan sila hubungi Md. Rifaie di talian 8911879. Diminta kepada semua ahli akan dapat hadir lebih awal atau tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih dan harap maklum.


JAWATANKUASA TERTINGGI MAJLIS

Pengerusi Majlis:

Hj Mohd. Amirul Rashid Bin Hj Wahab

AJK
Kelengkapan:
Hj Md Khairun Nazif bin Hj Damit
Mohammd Safwan Hj Mohidin
.
AJK
Permakanan:
Mohd Amirul Azmi bin Kula
Hj Mohd. Amirul Rashid Bin Hj Wahab
Md. Ashri bin Sharbini
Md Fauzi Bin Hj Anuar
Md Rifaie Bin Hj Md Noor

AJK
Jurugambar
Mohammad Safwan Hj Mohidin
Hj Mohd. Nazir bin Hj Othman


AJK Penyambut Tetamu:
Mohd Amirul Azmi bin Kula
Ahmad Busyra Bin Hj Matzain

AJK Pengawas Kehadiran:
Md Nasrul Rizam bin Hj Damit.
Mohd Izzuddin bin Dollah

Bacaan takhtim diketuai oleh:
Ahmad Busyra Bin Hj Matzain

Bacaan tahlil diketuai oleh:
Md.
Arif bin Hj Mat Nor

Doa khatam:
Md Fauzi Bin Hj Anuar

Doa Tahlil:
Md Rifaie Bin Hj Md Noor

Sabtu, 29 Ogos 2009

Sedekah Di Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan rahmat, bulan keampunan, bulan diturunkan di dalamnya Al-Qur’an, bulan jihad dan bulan dilipatgandakan ganjaran pahala. Oleh kerana keistemewaan yang terdapat pada bulan Ramadhan itu, banyak jenis ibadat yang disyari’atkan yang boleh dilakukan bagi setiap orang untuk meraih ganjaran yang berlipat ganda, sama ada ibadat fardhu ataupun ibadat yang sunat. Antara ibadat sunat yang digalakkan ialah amalan sedekah.

Apa yang dimaksudkan dengan sedekah dari pandangan syara’ ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar mendekatkan diri kepada Allah.

Berdasarkan pengertian tersebut, bahawa apa juga jenis pemberian berupa mata benda tanpa ada bayaran balik sebagai imbalan atas pemberian tersebut melainkan yang diharapkan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka itu disebut sebagai sedekah, seperti sedekah wajib, sedekah sunat, wakaf, derma, sumbangan dan sebagainya.

Mengapa kita sebut ‘mata benda’? Kerana ianya akan membezakan antara sedekah dengan pinjaman. Pinjaman ialah pemilikan kepada seseorang sesuatu manfaat akan tetapi mata bendanya tetap menjadi milik orang yang meminjamkan.

Mengapa pula kita sebut ‘atas dasar mendekatkan diri kepada Allah’? Kerana yang demikian itu akan membezakan di antara sedekah dengan hibah dan hadiah. Apabila sesuatu pemberian itu dengan tujuan untuk mengeratkan dan merapatkan hubungan maka itu disebut sebagai hibah. Manakala jika ianya dimaksudkan untuk memuliakan orang yang diberi maka itu dinamakan hadiah. Jelas di sini bahawa titik perbezaan di antara sedekah dengan hibah dan hadiah adalah dari aspek niat atau tujuan sesuatu pemberian.

Namun pada kebiasaannya perkataan sedekah itu di kalangan para ulama fiqh lebih kerap dimaksudkan kepada sedekah sunat. Dalam istilah masyarakat kita selain sedekah ianya juga disebut sebagai derma atau sumbangan. Kedua-dua istilah derma dan sumbangan itu selama mana dimaksudkan oleh pelakunya, yakni yang memberi derma atau sumbangan sebagai amalan untuk merapatkan hubungan dirinya dengan Allah subhanahu wa ta'ala dan mencari keredhaanNya maka yang demikian itu dikategorikan sebagai sedekah. Sementara sedekah wajib ianya lebih dikenali dengan istilah zakat.

Memberi sedekah itu hukumnya sunat. Banyak terdapat dalil-dalil syara’ yang memperuntukkan suruhan dan galakkan bersedekah. Antaranya sebagaimana firman Allah:

Tafsirnya: “Siapakah orangnya yang (mahu) mmberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan akan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) Allah jualah yang menyempit dan meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 245)

Firman Allah di dalam ayat yang lain:

Tafsirnya: “Dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan berikanlah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah amat Pengampun, lagi amat Mengasihani.”

(Surah Al-Muzzammil, ayat 20)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga ada menyebutkan mengenai suruhan dan galakkan bersedekah itu, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya :

Maksudnya: “Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat dari buah-buah Syurga. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat dari khamar Syurga yang termetri bekasnya. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya dari pakaian Syurga yang berwarna hijau.”

(Hadits riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Daripada dalil-dalil yang disebutkan dapatlah ditanggapi bahawa suatu pemberian kerana Allah akan dibalas dengan sebaik-baik balasan atau ganjaran daripada Allah subhanahu wa ta'ala, dan sudah tentu balasan itu tidak akan diperolehi kecuali melalui amalan-amalan berkebajikan yang telah dilakukan oleh seseorang hamba, baik amalan tersebut berbentuk sumbangan harta ataupun tenaga. Apabila Allah berjanji untuk membalas amalan kebaikan itu, maka ini menunjukkan betapa amalan tersebut adalah suatu yang dituntut oleh syara’, dan ini termasuklah memberi sedekah.

Sedekah itu boleh dilakukan pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, kerana di bulan inilah yang lebih dituntut untuk memperbanyakkan sedekah sebagai mengikut sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ini jelas sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma beliau berkata yang maksudnya :

Maksudnya: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam merupakan orang yang paling pemurah (dermawan), dan Baginda lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril bertemu Baginda. Jibril bertemu Baginda shallallahu 'alaihi wasallam pada setiap malam Ramadhan, lalu Baginda membacakan Al-Qur’an. Sungguh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam itu adalah seorang yang lebih pemurah (dermawan) dalam kebaikan daripada angin yang diutus.”

(Hadits riwayat Bukhari, Muslim dan An-Nasa’ie)

Di dalam riwayat yang lain, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya, sedekah manakah yang lebih afdhal? Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab yang bermaksud:

Maksudnya: “Sedekah di bulan Ramadhan.”

(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Dipetik dari: http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic45_2002.htm

State Mufti's Office, Prime Minister's Office Brunei Darussalam.

Artikal bertajuk:

SEDEKAH : KUALITI ATAU KUANTITI, MANA YANG LEBIH UTAMA ?

Jumaat, 28 Ogos 2009

Majlis Khatam Al-Quran Persatuan Al-Eittihad

Salam ahli-ahli Al-Eittihad, Persatuan Al-Eittihad akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena bulan Ramadhan ini pada:

Hari: Isnin
Tarikh: 7 September 2009
Pukul: 4.30 petang
Tempat: Surau Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Pakaian: Cara melayu bebas atau bergamis

Diharap semua ahli dapat hadir ke majlis yg berkat ini semoga persatuan kitani akan mendapat rahmat dari Allah...Amin

Jemputan Khatam Al-Quran

Salam ahli-ahli Al-Eittihad, tani ada jemputan khatam Al-Quran pada

Hari: Jumaat
Tarikh: 11 Septembar 2009
Tempat: Tanjong Bunut
Tempat berkumpul: Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong
Solat Asar berjemaah di masjid tersebut.
Pakaian: Cara melayu hitam lengkap.

Please confirm kan either kamu dapat datang or inda arah c Nasrul aka c Miki. Sekian harap maklum dan terima kasih.

Rabu, 26 Ogos 2009

Ahad, 23 Ogos 2009

Amalan Yg Sangat Dituntut Di Bulan Ramadhan




TADARUS AL-QUR’AN




Pengenalan

Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Baginda bertadarus Al-Qur’an dengan malaikat Jibril sendiri. Mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a.:

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang

(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim).


Tadarus Di kalangan Orang-Orang Soleh

Amalan tadarus Al-Qur’an Rasulullah itu, telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Qur’an sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhataminya seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain-lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing.

Imam Asy-Syaaf’i umpamanya dilaporkan dua kali tamat dalam sehari di bulan Ramadhan. Qatadah pula mengkhataminya setiap tiga malam sebelum sepuluh terakhir Ramadhan. Manakala dalam tempoh sepuluh terakhir beliau mengkhataminya setiap malam. Selain itu, ulama terdahulu telah menangguhkan majlis-majlis ilmu mereka di bulan Ramadhan bagi memberi lebih tumpuan terhadap Al-Qur’an.

Imam Az-Zuhri misalnya apabila tiba bulan yang berkat ini, beliau menangguhkan sebarang majlis ilmu, bagi menghayati tilawah dan mendalami Al-Qur’an. Beliau membacanya pada mashaf.

Demikian juga Imam Malik r.a. beliau meninggalkan buat sementara waktu sebarang aktiviti pengajian hadis dan fekah bagi mentadabbur Al-Qur’an. Sehubungan ini beliau pernah menyatakan: "ini ialah bulan Al-Qur’an."


Cara Tadarus

Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah:

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil..

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.


Adab Membaca Al-Qur’an

Antara perkara-perkara utama dalam adab membaca Al-Qur’an:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.

3. Membaca secara tartil.

4. Membaca dengan melihat mashaf lebih afdhal.

Kelebihan Tadarus

Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w.

bermaksud:

Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”. (Riwayat: Abu Daud).


Artikal dipetik dari:

http://komuniti.yit.gov.my/index.php

( Yayasan Islam Terengganu, Bahagian Dakwah, Unit Penyelidikan & Penerbitan)