Isnin, 13 Disember 2010

Selamat Pengantin Baru

Alhamdullilah, pada 12 December 2010, salah seorang ahli kumpulan Al - Eittihad telah menjadi raja sehari, iaitu Abdul Rahman bin Hj Ajak dengan isterinya Dyg Siti Katizah binti awg. Hj Rasit. Kumpulan Al-Eittihad berasa amat bersyukur ke hadrat Allah atas perkahwinan mereka. Kumpulan Al-Eittihad berdoa semoga jodoh mereka berkekalan dunia dan akhirat dan semoga dikurniakan keturunan yg soleh dan solehah berguna pada ugama, bangsa dan tanahair Amin.

" Semoga Allah menghimpun yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua yang kiranya Allah meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikan mereka berdua pembuka pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman" .

(Doa Nabi Muhammad pada pernikahan puteri baginda Fatimah Az-Zahra dg Ali Abi Talib)

Jumaat, 13 Ogos 2010

Sanah Helwah / Happy Birthday / Selamat Ulang Tahun


Salam pada para pembaca and ahli-ahli kumpulan Al - Eittihad, alhamdullilah hari ini iaitu 14hb Ogos 2010, kumpulan Al - Eittihad genaplah sudah berusia satu tahun penubuhannya. Kami kumpulan Al - Eittihad bersembah syukur ke hadrat Allah Subahanahu Wa Ta'ala atas kurnia yang tidak ternilai untuk kami terus bergiat active di dalam mengungkayahkan dan menjayakan segala jemputan - jemputan yg telah diundang. Doakan lah kami agar segala usaha kami ini direhdai oleh Allah dan disanangi oleh masyarakat...Amin. To all Al-Eittihad's members marilah sama-sama kitani dengan tidak berputus asa menyokong dan memberikan commitment agar kumpulan kitani ini terus berjaya menghadapi segala rintangan dan halangan dg gagah dan berani. Untuk akhirnya sekali lagi diucapkan SELAMAT ULANG TAHUN YG KE SATU TAHUN KUMPULAN AL - EITTIHAD...

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Karim, Allahu Akram






Alhamdullilah, pada hari khamis 12hb Ogos 2010 akan datang umat Islam khususnya yg berada di Brunei Darussalam akan mula menunaikan salah satu rukun Islam yg lima iaitu menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Kumpulan Al-Eittihad mengucapkan selamat berpuasa dan semoga amalan kitani akan bertambah dan mendapat ganjaran yg berlipat ganda di bulan Ramadhan ini.

Ucapan khas daripada Penasihat Kumpulan Al-Eittihad Mohd. Amirul Azmi bin Kula:

" Salam, sempena tibanya Ramadhan yang mubarak pada tahun ini, marilah kita bersama meningkatkan amal ibadah ketaqwaan kepada Allah. Semoga segala apa yang kita lakukan mendapat ganjaran pahala seperti yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hambanya yang benar-benar memanfaatkan Ramadhan Al-Mubarak. Saya Mohd. Amirul Azmi bin Kula dan isteri, Norfouziah Rehazisah binti Mohd. Daud ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli yang telah sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan kami. Semoga Allah sajalah yang membalas jasa baik biskita. Doakanlah kami agar mandapat rezeki berupa keturunan yang soleh dan solehah. Jangan banyak-banyak plg jumlahnya, kami pun ada family planning kali ah..hehehe."

Ucapan khas daripada Pengerusi Kumpulan Al-Eittihad Hj. Mohd. Amirul Rashid bin Hj Wahab:

" Marhaban Ya Ramadhan. Selamat menyambut bulan Ramadhan khususnya kepada semua ahli-ahli Al-Eittihad dan juga seluruh umat Islam. Rebutlah peluang untuk meningkatkan amalan di bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wata ' ala dan diberi ganjaran yang berlipat - lipat ganda. Amin Ramadhan Karim."

Ucapan khas daripada Timbalan Pengerusi Kumpulan Al-Eittihad Ahmad Busyra bin Hj. Matzain:

" Ahlan wasahlan, wasahlan wa marhaban ya Ramadhan Karim. Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan kedatangannya semoga kitani semua beroleh keberkatannya. Berkat kesabaran dan berdoa semoga akitivit-aktiviti Al-Eittihad yang digiatkan/dijalankan selama ani mendapat keredaan, bertepatan dengan ulang tahun penubuhan kumpulan kitani jua hari Sabtu 14hb Ogos yang ke satu tahun. Semoga kumpulan tani akan sentiasa bergerak, terurus dan menghiburkan orang ramai dengan gemaan hadrah, alunan dikir dan tausyeh. Amin Ramadhan Tajalla Wabtasama."

Khamis, 22 Julai 2010

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK


Alhamdullilah pada 15 Julai yang lepas, Negara Brunei Darussalam telah menyambut hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang ke 64 tahun. Persatuan Al-Eittihad berasa amat gembira akan hari keputeraan pada tahun ini. Persatuan Al-Eittihad tidak ketinggalan untuk mengucapkan dirgahayu Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Daulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Didoakan ke hadrat Allah Subahannallah semoga Kebawah Duli akan kekar karar dan dilanjutkan usia.



Picture taken from: http://www.persatuan-gemilang.com/2008_07_01_archive.html

Jemputan Hadrah

Salam semua pembaca dan ahli-ahli Al-Eittihad, dimaklumkan pada semua ahli bahawa tani hari Ahad ni ada jemputan hadrah seperti yang berikut:

Tarikh: 25 Julai 2010
Hari: Ahad
Tempat berkumpul: Masjid Lambak Kanan
Pukul: 10.45 pagi tepat

Harap semua ahli akan dapat ambil maklum atas makluman tersebut. Sekian terima kasih.

Ahad, 4 Julai 2010

Jemputan Hadrah

Salam kepada semua ahli-ahli Al-Eittihad, dimaklumkan bahawa tani ada lagi jemputan hadrah di Kampong Madang pada:

Hari: Ahad
Tarikh: 11 July 2010
Tempat berkumpul: Masjid Perpindahan Lambak Kanan
Jam berkumpul: 9.15 pagi

Diharap pada semua ahli akan dapat mengambil maklum dan memberikan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan undangan yg telah tani terima. Sekian terima kasih

Isnin, 28 Jun 2010

Latihan Tausyeh

Salam semua ahli-ahli Al-Eittihad, dimaklumkan kepada semua ahli-ahli persatuan bahawa latihan tausyeh akan diadakan pada:

Hari: Khamis
Tarikh: 1 Julai 2010
Jam: Selesai Solat Isya
Tempat: Surau Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah (SMALHB)

Kedatangan adalah DIWAJIBKAN kepada semua ahli-ahli. Oleh yang demikian diharap semua ahli-ahli akan dapat memberikan komitmen untuk datang pada latihan ini. Sekian harap maklum.