Jumaat, 13 Ogos 2010

Sanah Helwah / Happy Birthday / Selamat Ulang Tahun


Salam pada para pembaca and ahli-ahli kumpulan Al - Eittihad, alhamdullilah hari ini iaitu 14hb Ogos 2010, kumpulan Al - Eittihad genaplah sudah berusia satu tahun penubuhannya. Kami kumpulan Al - Eittihad bersembah syukur ke hadrat Allah Subahanahu Wa Ta'ala atas kurnia yang tidak ternilai untuk kami terus bergiat active di dalam mengungkayahkan dan menjayakan segala jemputan - jemputan yg telah diundang. Doakan lah kami agar segala usaha kami ini direhdai oleh Allah dan disanangi oleh masyarakat...Amin. To all Al-Eittihad's members marilah sama-sama kitani dengan tidak berputus asa menyokong dan memberikan commitment agar kumpulan kitani ini terus berjaya menghadapi segala rintangan dan halangan dg gagah dan berani. Untuk akhirnya sekali lagi diucapkan SELAMAT ULANG TAHUN YG KE SATU TAHUN KUMPULAN AL - EITTIHAD...

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Karim, Allahu Akram






Alhamdullilah, pada hari khamis 12hb Ogos 2010 akan datang umat Islam khususnya yg berada di Brunei Darussalam akan mula menunaikan salah satu rukun Islam yg lima iaitu menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Kumpulan Al-Eittihad mengucapkan selamat berpuasa dan semoga amalan kitani akan bertambah dan mendapat ganjaran yg berlipat ganda di bulan Ramadhan ini.

Ucapan khas daripada Penasihat Kumpulan Al-Eittihad Mohd. Amirul Azmi bin Kula:

" Salam, sempena tibanya Ramadhan yang mubarak pada tahun ini, marilah kita bersama meningkatkan amal ibadah ketaqwaan kepada Allah. Semoga segala apa yang kita lakukan mendapat ganjaran pahala seperti yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hambanya yang benar-benar memanfaatkan Ramadhan Al-Mubarak. Saya Mohd. Amirul Azmi bin Kula dan isteri, Norfouziah Rehazisah binti Mohd. Daud ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli yang telah sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan kami. Semoga Allah sajalah yang membalas jasa baik biskita. Doakanlah kami agar mandapat rezeki berupa keturunan yang soleh dan solehah. Jangan banyak-banyak plg jumlahnya, kami pun ada family planning kali ah..hehehe."

Ucapan khas daripada Pengerusi Kumpulan Al-Eittihad Hj. Mohd. Amirul Rashid bin Hj Wahab:

" Marhaban Ya Ramadhan. Selamat menyambut bulan Ramadhan khususnya kepada semua ahli-ahli Al-Eittihad dan juga seluruh umat Islam. Rebutlah peluang untuk meningkatkan amalan di bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wata ' ala dan diberi ganjaran yang berlipat - lipat ganda. Amin Ramadhan Karim."

Ucapan khas daripada Timbalan Pengerusi Kumpulan Al-Eittihad Ahmad Busyra bin Hj. Matzain:

" Ahlan wasahlan, wasahlan wa marhaban ya Ramadhan Karim. Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan kedatangannya semoga kitani semua beroleh keberkatannya. Berkat kesabaran dan berdoa semoga akitivit-aktiviti Al-Eittihad yang digiatkan/dijalankan selama ani mendapat keredaan, bertepatan dengan ulang tahun penubuhan kumpulan kitani jua hari Sabtu 14hb Ogos yang ke satu tahun. Semoga kumpulan tani akan sentiasa bergerak, terurus dan menghiburkan orang ramai dengan gemaan hadrah, alunan dikir dan tausyeh. Amin Ramadhan Tajalla Wabtasama."