Selasa, 29 September 2009

BON VOYAGE AND BITTAUFIQ WANNAJAH TO HJ MOHD KHAIRUN NAZIF.



Persatuan Al-Eittihad ingin mengucapkan tahniah, selamat belayar dan selamat berjaya kepada Pengerusi Nadi Tausyeh Hj Md Khairun Nazif (gambar di atas di tengah-tengah) kerana mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di University of Jordan, Amman selama setahun. Didoakan kepada Allah memohon keberkatan, kesejahteraan dan kesihatan ketika berada di Jordan. Kami ahli-ahli Persatuan Al-Eittihad merasa bangga atas kejayaan Haji Mohd. Khairun Nazif. Tahniah sekali lagi kami ucapkan..bila balik nanti jg lupa bawa oleh2 yaaa..hehehe










Isnin, 21 September 2009

Selamat Hari Raya.


Selamat hari raya aidil fitri diucapkan kepada semua ahli-ahli Persatuan Al-Eittihad, pengunjung dan pembaca yg sudi membaca blog Al-Eittihad. Semoga Ramadhan yang baru kitani lalui adalah Ramadhan yang terbaik dan semoga berjumpa lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang. Kami Persatuan Al-Eittihad memohon maaf zahir dan batin jika sekiranya kami ada melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi dan menyinggung perasaan para pembaca. Kami hanyalah manusia biasa dan tiada seorang manusia pun yang sempuran melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Kullu Am'min Wa Antum Bikhir.

Jumaat, 4 September 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERSATUAN AL-EITTIHAD DI BULAN RAMADHAN

Atur Cara Majlis

Ahli-ahli Al-Eittihad Solat Asar berjamaah di Surau UNISSA.

4.00 Petang:

  1. Acara bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah daripada Pengerusi Persatuan.
  2. Diteruskan dengan bacaan Al-Quran 30 juz beramai-ramai.
  3. Takhtim dan Tahlil.
  4. Sungkai dan Solat Maghrib.
  5. Menikmati Jamuan.
Sesiapa yang ingin menyumbangkan sedekah untuk penyungkaian adalah dialu-alukan dan sila hubungi Md. Rifaie di talian 8911879. Diminta kepada semua ahli akan dapat hadir lebih awal atau tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih dan harap maklum.


JAWATANKUASA TERTINGGI MAJLIS

Pengerusi Majlis:

Hj Mohd. Amirul Rashid Bin Hj Wahab

AJK
Kelengkapan:
Hj Md Khairun Nazif bin Hj Damit
Mohammd Safwan Hj Mohidin
.
AJK
Permakanan:
Mohd Amirul Azmi bin Kula
Hj Mohd. Amirul Rashid Bin Hj Wahab
Md. Ashri bin Sharbini
Md Fauzi Bin Hj Anuar
Md Rifaie Bin Hj Md Noor

AJK
Jurugambar
Mohammad Safwan Hj Mohidin
Hj Mohd. Nazir bin Hj Othman


AJK Penyambut Tetamu:
Mohd Amirul Azmi bin Kula
Ahmad Busyra Bin Hj Matzain

AJK Pengawas Kehadiran:
Md Nasrul Rizam bin Hj Damit.
Mohd Izzuddin bin Dollah

Bacaan takhtim diketuai oleh:
Ahmad Busyra Bin Hj Matzain

Bacaan tahlil diketuai oleh:
Md.
Arif bin Hj Mat Nor

Doa khatam:
Md Fauzi Bin Hj Anuar

Doa Tahlil:
Md Rifaie Bin Hj Md Noor